Macam ni la ceritanya..
Pada suatu ketika,
ketika itu dengan hati yang penuh cinta, semangat dan keazaman di dalam percintaan sehinggakan aku berazam untuk berkahwin dengan gadis pilihan aku. Nor Afifa Binti Halim.. lama kelamaan, aku menyampaikan hasrat ku untuk berkahwin pada usia awal kepada bonda dan ayahanda yang tercinta.. tetapi apakan daya, hasrat ku mengejutkan mereka dan mereka bantah hasratku dengan cara yang baik.. aku tidak putus asa.. aku tetap berkata juga berkali-kali hingga suatu ketika secara kebetulan, akak aku berkahwin (kenduri bahagian suami) di muar.. (sabtu) dalam perjalanan ke muar, kami sekeluarga singgah ke melaka .. secara kebetulan family afifa ni juga ada di tempat yang sama tetapi kami tidak bertemu..-kebetulan 1.. kemudian, kami bertolak g homestay di muar.. taman bakri ot bukit bakri kalo xsilap.. yang penting bakri tu ada la.. kemudian aku msj die untuk bertanya stay kt mana (die holiday kt rumah sedara die kt muar), tiba2 dapat tau yang dia stay kt taman bakri.. terkejutnya aku.. lalu aku pun rancang untuk berjumpa dengan family die.. tetapi apakan daya, Allah tidak mengizin kan kami berjumpa.. dia terpaksa pulang ke alor setar awal..- kebetulan ke-2.. pada hari ahad, berlansung perkahwinan kakak aku.. kemudian kami pulang ke rumah pada petang tu dalam jam 3.00 ke klang.. kami sampai rumah pada jam 9.00 malam.. alangkah terkejut nya aku tahu yang afifa ni tengah cuti sem.. lalu die mmg ada la kt rumah kt alor setar.. adk aku daftar kolej metrikulasi pada esok (isnin jam 8 malam) alang2 famili aku ada sama, aku pun merancang untuk menemukan family aku dgn family die.. kira merisik la.... kami rehat makan selama 1 jam, tepat jam 10.00 kami sekeluarga bertolak ke peneng.. area bukit mertajam.. kami stay rumah sedara di sana.. kami smpi sana dalam jam 3 pagi.. setelah selesai solat, kami tidur rehat hingga subuh.. sarapan semua, jam 7.30 maki bertolak ke perlis dari peneng.. alangkah penatnya.. dalam 18jam kami kembara dari johor ke perlis.. hehe..penat2.. smpi je perlis aku pn sampaikan hasrat kepada parent yang ckp dtg merisik.. abis pening kepala mereka.. aku bgtu sblm ni datang tok kenal2.. tp alang2 menyelok perkasam, bia smpi ke pangkal lengan.. jadi mlm tu gak la g cari cincin.. hehe.. back up plan kot2 time merisik bleh la bagi.. aku dtg merisik hari selasa tu gak... punya la berdebar-debar masa tu.. belum lg tunang or nikah.. alangkah bagus nya kalo ada gambar kenang-kenangan ketika tu.. kenangan manis dan mendebarkan..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan